PORTAL JURULATIH UTAMA ICT HULU LANGAT

 
PAUTAN UTAMA
MATLAMAT
Guru dapat  mengimplementasikan Rancangan Pengajaran dengan mengaplikasikan kaedah dan strategi berasaskan teknologi ICT untuk mengoptimumkan P&P
OBJEKTIF
*Menghasilkan pakej pembelajaran mengikut mod yang sesuai digunakan dalam satu sesi P&P
*Merancang dan merekabentuk bahan P&P yang berkesan dengan disokong oleh ICT
*Merancang pengajaran berasaskan ICT bagi meningkatkan keupayaan dan minat pembelajaran merentasi kurikulum
MOD - MOD APLIKASI ICT
* MOD TUTORIAL
* MOD APLIKASI
* MOD PENEROKAAN
* MOD KOMUNIKASI
PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

Guru  menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. 

ICT digunakan sebagai wahana P&P dan bukan belajar tentang ICT.
 

 

 

KONSEP LATIHAN
*Berbentuk “peer coaching”

*  Mengaplikasikan ICT dalam P&P

*  Menghasilkan bahan
*  Memperkenalkan budaya e-mail
*  Menggunakan e-bahan
Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Tuesday, September 25, 2007
MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.

MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:

• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
• meningkatkan motivasi murid
• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk dikumpul
• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
• meningkatkan kemahiran ICT

SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&P

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian :

• Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau
sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum
• Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk
menyokong sesuatu pendekatan P&P
• Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai

Kefahaman konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan mod.

Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru - guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai :

a) Tutorial
b) Aplikasi
c) Penerokaan ( Eksploratori )
d) Komunikasi
posted by matseri @ 2:12 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

 

HUBUNGI

En. Musa bin Ismail (KUTV)

Ketua Unit Teknologi & Vokasional

Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat,Selangor

KIRIMAN TEBARU
AKTIF
PERUNJUK
KOMUNITI

BLOGGER

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals 

 

 

 

© KURSUS APLIKASI ICT DALAM P&P HULU LANGAT Template by matseri